*****
Assalamualaikum dan selamat hari-hari untuk semua!!
Apa khabar?Sihat ke?Al maklum lah..sekarang kan musim panas...jadi memang perlukan minum air
yang cukup ok?Janji jaga kesihatan tau,hehe..
*****
Oklah..hari ni jom dengar review aku tentang :
yang sememangnya aku suka sejak zaman berzaman..hehe..sebab ape tau??haaa...adelah..jom tengok
kenapa semua orang mesti rasa COOLBLOG ini!
Seperti mana yang kita tahu...zaman sekarang ni semua harga barang,makana.minuman dan
sebagainya semua dah naik kn..tapi...COOLBLOG ni masih lagi boleh didapati pada
harga yang
berpatutan..tak sampai lah harga RM10 pun jika nak tambah
topping,jelly dan sebagainya mengikut
kesukaan kita dengan
variasi minuman enak ada lebih 300 jenis ! Eh,memang
'cool' lah kan..elok
sangat sebab memang boleh diminum bila-bila msa
tanpa perlu risau tentang wang ringgit .
Konsep kiosk style terkini,,
Unik tiada tandingan dimasa kini,
Harga berpatutan senang dimiliki,
Sememangnya CoolBlog pilihan hati!
Selain itu, masa tengah order pun, kita dah rasa memang cool dengan layanan mesra oleh pekerja
Cool Blog tu sendiri. Dengan melemparkan senyuman manis dan tutur kata yang lembut seperti yang
dilatih amat memuaskan hati dan membuatkan kita tak sabar untuk membeli air minuman Cool Blog
setiap hari!Apetah lagi dengan pelbagai masalah di pejabat yang begitu merunsingkan,cuaca yang
panas,memang membuatkan tubuh badan pun berasa lemah dan tak bermaya menjelang tengahari
serta petang yang terik. Mujur kiosk Cool Blog menjadi penyejuk untuk kembali 'cool' dengan
kehadiran pekerja Cool Blog yang kemas dan mesra.
Salah satu minuman kegemaran aku setiap kali datang Cool Blog adalah sama ada Smoothies
Volcano + pearl atau Smoothies Honeydew + Jelly yang sumpah begitu menyegarkan! Kadang-
kadang memang boleh aku minum dua-dua ni sekaligus sedap memang matching rasa dia antara satu
sama lain.Cayalah kan! hehe
Tambah-tambah kalau masa tu tengah panas cuaca luar yang memang meng'hydrate'kan ,dapat
sejukkan minda,hati,perasaan dan baju yang tengah basah berpeluh tu.
Dengan warna smoothies yang
hijau fresh dan segar tu,membuatkan semangat diri kembali 'cool' dan ikut sama cergas semula!
Happy tak muka aku bila dah dapat air feveret Cool Blog ,hehe.Hilang terus rasa dahaga time-
time tengah kering tekak bila
cuaca terik sekarang ni? Terasa baru 'cool' hari ni bila ada Cool Blog. 😍
Sambil minum Cool Blog dengan riang, jom sama-sama meraikan bulan kemerdekaan yang kini
tengah berlangsung ya! Muka ceria dapat Cool Blog sambil bersama Jalur Gemilang memang tak
dapat dipisahkan.
Jom sambut Merdeka dengan Cool Blog! Memang lagi 'cool' lah korang nanti!
Kita harus berbangga kerana Cool Blog memilih untuk berada di Malaysia,tanah air kita yang
tercinta.
Ini kerana banyak hasil variasi air minuman Cool Blog adalah inovasi daripada inspirasi dari
minuman kegemaran rakyat Malaysia sendiri yang betul-betul hebat lah hasilnya daripada Cool Blog!
Antaranya adalah Cendol, ABC, Teh Tarik,Kopi dan sebagainya yang boleh didapati dalam sama ada
dalam jenis smoothies,ice blended pelbagai gaya dan rasa.
Di samping itu,boleh ditambah juga dengan topping atau jelly yang disyorkan memang memikat rasa.
Bulan Ogos sambut Merdeka,
Semua orang ceria gembira,
Bila panas janganlah lupa,
Minuman COOL BLOG SENTIASA ADA.
Info tentang COOLBLOG:
COOLBLOG mengorak langkah pertama di Malaysia dengan membuka cawangan kiosk pertama di
Sutera Mall,Johor.Lantas,kini memiliki lebih 500 cawangan di pasaran tempatan dan luar negara
seperti di Indonesia dan Singapura dalam pelan pertumbuhannya selama 3 tahun.COOL BLOG
terkenal dengan produknya jenamanya iaitu minuman pencuci mulut dengan keseragaman kiosk
antarabangsa serta sentiasa menhasilkan inovasi perisa tempatan dan global yang paling terbaik untuk
ciptaannya iaitu 'ice blended' dan 'smoothies'. Kini COOL BLOG boleh berbangga apabila boleh
menyediakan lebih daripada 25 jenis minuman dan pencuci mulut dengan lebih 300 variasi
produknya.Maka,boleh dikatakan Misi COOL BLOG untuk menyediakan produk dan
perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dari semua lapisan masyarakat sudah
tercapai.
*****Entri ini bersempena dengan Peraduan Cool Blog Rewards 'Cool Blogs'
#jomcool