20 August 2017

Teman sejati yang "COOL" dengan Coolblog.

0 Komen
Ni entry mingguan aku tentang Coolblog.Maksudnya yang ni review yang ketiga.
Mestilah sebab aku nak semua orang mesti rasa Coolblog ni tau.tak kan mengecewakan. hehe

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️


Rutin harian aku habis kerja dalam pukul 1 atau 3 petang..tahulah time2 camtu memang waktu puncak yang memang superb terik dia.Alhamdulillah masih ada panas tapi peluh dalam baju dah banjir huhu..

Sebagai pekerja di Kedai Viral #sesendukseringgit,melayan pelanggan di waktu makan tengahari memang mencabar,namun demi mencari rezeki,ku gigihka. jua..cewahh hehe

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Antara solusi untuk melegakan rasa panas tekak dengan badan adalah pergi segera ke  kiosk Coolblog! 

Yang bawak aku mestilah En. Husband ku yang dia pun mesti order sekali satu Coolblog perisa macam2..Contohnya Smoothies Banana,Coral Blue dan byk lagi..



Cuma aku je masih setia memilih Smoothies Volcano + pearl baru RM5...woww memang mampu milik tau..budak2 sekolah pun berebut beli kat sini.

Sebelun dapat Coolblog,memang lemah longlai tak bertenaga..Lepas minum,terus segar bugar sebab dah pekena "Cool" by Coolblog!



Jadi nya korang pun haruslah rasai pengalaman Cool bila dengan Colblog tauu..haa..jom LIKE fb Coolblog + FOLLOW Instagram Coolblog .Adalah WAJIB bagi semua Coolblog Lovers!






❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️


Tengoklah tengah panas pun I posing cantik2 dengan kesayangan teman sejati aii niii nama dia Coolblog!😘👍🏻

13 August 2017

Hidup Mesti Sentiasa "COOL" Bila Ada COOLBLOG!

0 Komen
*****
Assalamualaikum dan selamat hari-hari untuk semua!!

Apa khabar?Sihat ke?Al maklum lah..sekarang kan musim panas...jadi memang perlukan minum air

yang cukup ok?Janji jaga kesihatan tau,hehe..

*****

Oklah..hari ni jom dengar review aku tentang :
 yang sememangnya aku suka sejak zaman berzaman..hehe..sebab ape tau??haaa...adelah..jom tengok

 kenapa semua orang mesti rasa COOLBLOG ini!


Seperti mana yang kita tahu...zaman sekarang ni semua harga barang,makana.minuman dan

sebagainya semua dah naik kn..tapi...COOLBLOG  ni masih lagi boleh didapati pada harga yang 

berpatutan..tak sampai lah harga RM10 pun jika nak tambah topping,jelly dan sebagainya mengikut

kesukaan kita dengan variasi minuman enak ada lebih 300 jenis ! Eh,memang 'cool'  lah kan..elok

sangat sebab memang boleh diminum bila-bila msa

tanpa perlu risau tentang wang ringgit .


Konsep kiosk style terkini,,

Unik tiada tandingan dimasa kini,

Harga berpatutan senang dimiliki,

Sememangnya CoolBlog pilihan hati!

Selain itu, masa tengah order pun, kita dah rasa memang cool dengan layanan mesra oleh pekerja 

Cool Blog tu sendiri. Dengan melemparkan senyuman manis dan tutur kata yang lembut seperti yang 

dilatih amat memuaskan hati dan membuatkan kita tak sabar untuk membeli air minuman Cool Blog 

setiap hari!Apetah lagi dengan pelbagai masalah di pejabat yang begitu merunsingkan,cuaca yang 

panas,memang membuatkan tubuh badan pun berasa lemah dan tak bermaya menjelang tengahari 

serta petang yang terik. Mujur kiosk Cool Blog menjadi penyejuk untuk kembali 'cool' dengan 

kehadiran pekerja Cool Blog yang kemas dan mesra.



Salah satu minuman kegemaran aku setiap kali datang Cool Blog adalah sama ada Smoothies 

Volcano + pearl atau Smoothies Honeydew + Jelly yang sumpah begitu menyegarkan! Kadang-

kadang memang boleh aku minum dua-dua ni sekaligus sedap memang matching rasa dia antara satu 

sama lain.Cayalah kan! hehe

Tambah-tambah kalau masa tu tengah panas cuaca luar yang memang meng'hydrate'kan ,dapat 

sejukkan minda,hati,perasaan dan baju yang tengah basah berpeluh tu. 



Dengan warna smoothies yang

hijau fresh dan segar tu,membuatkan semangat diri kembali 'cool' dan ikut sama cergas semula!


Happy tak muka aku bila dah dapat air feveret Cool Blog ,hehe.Hilang terus rasa dahaga time-

time tengah kering tekak bila 

cuaca terik sekarang ni? Terasa baru 'cool' hari ni bila ada  Cool Blog. 😍


Sambil minum Cool Blog dengan riang, jom sama-sama meraikan bulan kemerdekaan yang kini 

tengah berlangsung ya! Muka ceria dapat Cool Blog sambil bersama Jalur Gemilang memang tak 

dapat dipisahkan.

Jom sambut Merdeka dengan Cool Blog! Memang lagi 'cool' lah korang nanti!





Kita harus berbangga kerana Cool Blog memilih untuk berada di Malaysia,tanah air kita yang 

tercinta.

Ini kerana banyak hasil variasi air minuman Cool Blog adalah inovasi daripada inspirasi dari 

minuman kegemaran rakyat Malaysia sendiri yang betul-betul hebat lah hasilnya daripada Cool Blog!

Antaranya adalah Cendol, ABC, Teh Tarik,Kopi dan sebagainya yang boleh didapati dalam sama ada 

dalam jenis smoothies,ice blended pelbagai gaya dan rasa.

Di samping itu,boleh ditambah juga dengan topping atau jelly yang disyorkan memang memikat rasa.


Bulan Ogos sambut Merdeka,

Semua orang ceria gembira,

Bila panas janganlah lupa,

Minuman COOL BLOG SENTIASA ADA.


Info tentang COOLBLOG:


COOLBLOG mengorak langkah pertama di Malaysia dengan membuka cawangan kiosk pertama di 

Sutera Mall,Johor.Lantas,kini memiliki lebih 500 cawangan di pasaran tempatan dan luar negara 

seperti di Indonesia dan Singapura dalam pelan pertumbuhannya selama 3 tahun.COOL BLOG 

terkenal dengan produknya jenamanya iaitu minuman pencuci mulut dengan keseragaman kiosk 

antarabangsa serta sentiasa menhasilkan inovasi perisa tempatan dan global yang paling terbaik untuk

ciptaannya iaitu  'ice blended' dan 'smoothies'. Kini COOL BLOG boleh berbangga apabila boleh 

menyediakan lebih daripada 25 jenis minuman dan pencuci mulut dengan lebih 300 variasi 

produknya.Maka,boleh dikatakan Misi COOL BLOG untuk menyediakan produk dan 

perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dari semua lapisan masyarakat sudah 

tercapai.





*****Entri ini bersempena dengan Peraduan Cool Blog Rewards 'Cool Blogs'

#jomcool 






06 August 2017

Jom Jadi Cool dengan Cool Blog!

0 Komen
Assalamualaikum dan hai semua,

Hari ini,aku nak up lah satu entri tentang sesuatu yang menjadi kegemaranku sepanjang hidupku sejak dari zaman sekolah,universiti,dah kerja,bujang sampai sekarang dah kahwin..cuba teka ape dia?hehe


Alamak lupa kantoi kat tajuk dah ada.Klunya sesuatu yang 'cool' tau!!!Iaitu COOL BLOG!
Siapa yang tak kenal Cool Blog kan,sebab kat mana-mana tempat ,ceruk mall ,pekan,bandar semua ada cawangan dia..al maklumlah,ada lebih 400 cawangan tau!Bangga nya,eh mestilah,,air blended dia superb sedap!tak pernah mengecewakan anda!

Harga dia dah lah berpatutan,tak macam air blended perasa yang lain makk aiii!!Satu cup je dah dekat belas-belas ringgit tau!!!Eiii stress lahh nak minum pun tercekik sebab mahal nauu kn..

Yang Cool Blog memang untuk semua sebab harga serendah RM3 lebih sahaja..tambah pearl,jelly pun berapa je baru kn..masih lagi bawah RM5 tau ..jimat ke jimat? hee

Salah satu kegemaran air yang aku suka,Smoothies dia..perisa Volcano..memang aku ulang yang tu je selalu..kalau nak tukar selera jap,aku cuba yang perisa ABC ,Bandung dan banyak lagi lah..

Sampai pening korang nk pilih perisa blended mana..semua pasti sedap dan berbaloii.hehe



Salah satu cara yang aku rasa paling adil adalah sistem nombor giliran,Jadi takdelah orang lain potong 'que' atau dapat cepat tapi order lambat,.hehe..



Comelkan kiosk dia,..semua branch Coolblog sama design dan seragam tau,,jadi dari jauh memang dah senang cam.hehe

Setiap kali ada promosi baru,akan ada banner camni,,senang nak try air Coolblog perisa baru pasti takkan terlepas!


Lagi satu,nak bagitahu,semua staf dia ramah gila tau..suka sangat sembang macam tanya pendapat,bagi cadangan perisa baru dan sebagainya...hehe..ni kat atas ni ada gambar aku selfie dengan salah seorang staff CoolBlog.cantik kan.siap unifom tau..hehe


Saja gurau.haa..agak-agak pilih yang mana?Suami aku akan pilih dua-dua selalunya..aku yang sebelah kanan tu dengan Coolblog tu skali hihi..



Alhamdulillah.. hilang haus dah dapat sorang satu CoolBlog ni..terik-terik camni elok sangat pekena Coolblog uolsss!!Kami suami isteri pun happy! 


Kenangan aku baru-baru ni dengan Iron Man pun nak cuba jugak CoolBlog tau..segak lah tu,hihi


Alamak,Scha Al-Yahya pun nak jugak uolsss air CoolBlog ni,,hilang dahaga kiteorang minum CoolBlog tau..,hihi..

Oklah..sebelum terlupa.jangan lupa aku ada share gambar jugak dengan Instagram aku : wanny.nas1415  dengan #jomcool !Semua orang wajib tengok tau.hehe.Babaiii..~

05 August 2017

[10 TIPS BACKPACKERS BAJET GUANGZHOU RM900++ ALL IN]

0 Komen
Assalamualaikum ...
Raya aritu saya dgn fmly bercuti/balik kg ke Guangzhou dgn Air asia..
Ada kawan2 ty macamana travel ke sne sendiri.Di sini sy share some tips y perlu diketahui semasa di sne bg y minat utk shopping atau sje holidays..Hope dpt membantu sedikit sebanyak kt uolss ya dri buat visa smpai lah ke wrapping luggage blek..Ada la gmbr sikit2 ..hehehe
1. Visa?
-Buat awal walaupun boleh dapat dalam seminggu(4hari bekerja) RM88.40
-Kalau buat sendiri tanpa agen caj la..
-Nak cpt pun boleh tapi mahal ler.Boleh tgk jadual list harga y sy snapkn ni.
-Pejabat visa China ada kt KL.
-Urusan cpt sbb dlm opis tu sume ad fotostat,tangkap gmbr pasport,internet.
-Dapat pun cpt lah kalau xde mslh sangkut.
2. Tiket flight?
-Naik dri Airport Senai JB
-Beli lmbt aritu.jd kene RM600 lebih..elok beli la awal2 plan awal.
-Makann dlm flight pun beli lah skali sbb duration perjalanan 4 jam.
-Pegi xpyh beg byk sbb confirm blek nnti bwk beg luggage baru haha(kt sne murah weii)
-Blek beli luggage air asia awal2 lg murah dlm RM75/20kg...
-Kt sne kalau x beli simkad dia,xley la nk beli luggage online sbb nnti mebeng nk tac,jd kene byr kt kaunter air asia mahal jd dlm dkt RM200 lebih gk r.
3. Imigresen?
-make sure la PTPTN korg clear..jgn la xbyr tunggakan walopon korg abaikan emel alert dorg tu haha
-kalau sangkut,sng je,pegi kt website ptptn,ada no tepon "PTPTN KLIA-kaunter 24 jam" bgtahu nk byr on the spot tunggakan berapa2,dorg dpt je resit tu,boleh lps dh fly alhamdulillah..
-Walaupun cek online imigresen lps g oversea dgn visa korg stated clear tp kalau mmg PTPTN korg xclear,xlps jgak.jd byr lah siap2 hutang tu yer?(pengalaman sndiri)haha
4. Airport Baiyun(China)
-smpai sini je dh mula laaa org sne pandang2 kite mcm kite cantikss sgt plak hehe(mgkin sbb kmi pakai tudung dgn kanak2 ramai)
-Flight aritu smpai awai pagi kt sne jd sementara tu tido jap la kt airport tu(cari port xde org kayy)
-Solat musafir jgn lupa ye..byk sejadah kecik pun ok dgn pakai y sedia ada y sesuai kt tmpt2 tersorok tu solatlah..dorg tgk je tp xde buat pape pun.
5. Hotel?
-Agoda pilih Grand Continential Service Apartment(recommended sbb dkt dgn happening place Beijing Lu,tren metro)
-Satu mlm RM160
-Ada microwave,heater,dapor masak pun ade.
6. Makanan?
-dalam flight td dh mkn.
-beli ready to eat Brahims(tgk gmbr)
-hanya panaskan shaja.
-Restoran halal pun ada mcm Lombok restaurant,Min Leaf.(sume area Beijing Lu td..)
7. Tandas?
-stp toilet dorg kt airport,mall,public area xde paip air kecuali kt sinki.tisu gulung je ada.jd bawak la botol air sndiri yer..
-Xpun selesaikan hajat siap2 dlm hotel atau kt restoran2 halal y pegi td tu.
8. Internet facebook,instagram?
-Donlod VPN msa guna wifi bilik hotel tu ok.sbb kt sne kalau xdonlod VPN ni,xley la nk update2 fb ig sbb dorg kn block bende2 ni..tp WECHAT dorg aktif sgt smpai payment pun guna wechat uolsss,,
-Lps tu kalau xckup wifi boleh beli simkad China dalam 130 yuan.
9. Pengangkutan?
-Recommended guna lah tren METRO dorg.mmg efisien utk musafir mcm kmi ni.huhu
-Beli y daily pass (20 yuan) boleh guna nk brapa byk kali tren dlm sehari tu puas2..xyah pk nk byr kt kaunter kiosk dia y nk kene beratur pnjg buang masa je nnti.
-Tren dia byk berselirat,jd tgk lah peta laluan tu btui2 ok.jgn slh naik plak.haha
-Stp tren y ada cpt je smpai nye..xsmpai 10 minit pun,,waktu peak hours mcm org pegi blek keje mmg penuh,,lau x mmg ksong jekk.
-Kalau penuh mmg tolak2 nk kuar masuk,sbb sume nk cpt.
-Tren last pkul 11 mlm lebih la..aritu terlepas tren last jd jalan kaki blek hotel .nsb baik dri 1 stesen je. haha
10. Shopping?
-yang ni plg best..pening lah nk shoping kt mana sbb byk sgt2 kedaii..tmpt kanak2 wholesale,gajet2,everything lahh,,
-Yang penting kene pandai tawar menawar sbb harga mula mmg dorg letak tinggi .biasalah tu..belajar bahasa Cina lg bgs,sng nk deal sbb dorg mmg xtahu BI..
-Stp mall2 tu bkn dkt2 dgn tren ..mksdnye kene jln kaki jugak nk menuju ke tmpt2 nye.mmg kene beli beg roda beso2 bwk brg atau guna khidmat penghantaran trus ke hotel dri kedai tu.
-Rambang mata weiii jd mmg xckup 1 hari kalau nk pusing2 huhu..bygkn satu dunia punya brg ad kt sni!
Home sweet home!
-mesti korg bersyukur gila duduk Malaysia sbb tndas ada air kot.haha
-sblm tu,kete parking kt airport senai aritu kene RM80 (3 hari)
Nota kaki: Hope info2 ni dpt membantu sikit sebanyak ... and sori gmbr video xbyk sgt sbb nk feel the moment kt sne .cewahhh #guangzhoutrip#backpackerrs

ok,,layan jom gambar2 masa kt sne yang sempat saya snap.hehe EnjoY!






































 

MAMANAZ09 Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez